Buah naga
Buah naga

Buah naga

Mata naga (atau buah naga)ialah tumbuhan jenis kaktus tergolong dalam keluarga Cactaceae. Ia daripada genus Cereus bermakna kembang malam, sesuai dengan bunga mata naga yang hanya berkembang di waktu malam. Ia ditanam secara komersial di Vietnam, Thailand, dan Taiwan,[1] walaupun ia berasal dari Amerika Selatan. Nama lain mata naga adalah pitaya atau pitahaya (Amerika Selatan), dragon fruit (bahasa Inggeris), manakala rakyat Thailand menggelar pitaya atau kaew mang kron, honey fruit atau red dragon fruit (Amerika Syarikat) atau paw wong fa kor (China).Isi buah naga berwarna putih, merah, atau ungu dengan taburan biji-biji yang berwarna hitam yang boleh dimakan. Tekstur isinya adalah seperti isi tembikai, manakala rasanya pula adalah seperti buah kiwi. Ciri-ciri unik inilah yang menjadikan buah naga amat sesuai dijadikan ramuan dalam salad buah-buahan.